APAKAH ANION ?

Tahukah Anda Apa Yang Dikatakan Anion?

Dalam keadaan biasa, molikul udara atau atom adalah neutral. Kerana perubahan ion secara semulajadi yang dihasilkan melalui sinar kosmik, sinar ultraviolet, radiasi mikro, kilat serta petir dan sebagainya, sebahagian daripada molikul udara akan kehilangan elektron yang mengelilingi nukleus dan elektron bebas akan terbentuk dengan molikul udara neutral lain menjadikannya bentuk negative (negatively charge). Keadaan inilah yang disebut anion dalam udara.

Ianya tidak berwarna dan tidak berbau dan memiliki kadar serapan yang tinggi untuk menyerap partikel mikroi di udara. Anion dalam udara adalah mustahak sama sepertri vitamin dalam makanan dan ada kalanya dinamakan ‘vitamin udara’, ‘elemen panjang umur’ dan sebagainya.

Fungsi Anion

Anion mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan manusia. Kesan Anion tidak boleh dipertikaikan. Mampu melahirkan kebolehupaya meresap pelbagai partikel di udara, bakteria dan pelbagai virus untuk dineutralkan. Ia mampu memasuki sel-sel bakteria untuk membunuhnya. Lebih banyak anion di udara bermakna jumlah bakteria semakin berkurangan dan apabila elemen anion sampai ke suatu tahap, jumlah bakteria akan berada pada tahap sifar.

Bilangan anion dalam satu sentimeter padu udara dianggarkan 40 hingga 50 di kawasan bandar yang padat, 100 hingga 200 di bandar kecil, 700 hingga 1,000 di kawasan lapang seperti padang dan lebih 5,000 di lembah-lembah.

0 comments:

 
sukahatie@yahoo.com | © 2007 Template R.C.