Tuala wanita beroksigen cegah kanser serviks

ARKIB : 16/06/2009 (UTUSAN MALAYSIA)

Tuala wanita beroksigen cegah kanser serviks

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI


SETIAP tahun hampir 143,000 nyawa wanita diragut daripada keluarga tersayang, meninggalkan anak-anak dan suami yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu dan isteri, hanya gara-gara kanser serviks.

Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser ini dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun di mana hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.

Namun begitu, realiti yang menyedihkan ini bagaimanapun tidak bermakna kita terpaksa akur kepada takdir semata-mata. Tetapi, beberapa faktor risiko yang akan meletakkan wanita kepada bahana kanser serviks sepatutnya dijadikan panduan.

Kanser serviks yang menjejaskan bahagian bawah uterus telah dikenal pasti berpunca daripada beberapa jenis virus yang dikenali sebagai virus human papilloma (HPV). Meskipun pada awalnya penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi apabila petanda-petanda seperti pendarahan dari faraj dan kesakitan pada bahagian pelviks mulai dirasai, maka tibalah waktunya anda perlu mengambil langkah segera bagi mencegahnya daripada melarat menjadi kanser.

Salah satu penyebab kepada kanser ini ialah kegagalan wanita untuk menjaga kebersihan di bahagian serviks dan vagina ketika datang haid atau menjalani kehidupan seharian.

Ini kerana risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit vagina dan seterusnya kanser serviks adalah setinggi 83 peratus. Manakala sebanyak 62 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita berkualiti rendah.

Justeru itu, wanita harus berhati-hati dalam memilih jenama tuala wanita yang digunakan semasa datang haid atau sebagai pelapik pakaian dalam.

Pensyarah bebas kolej kejururawatan, Sharifah Hasnah Syed Mohd. Zain berkata, tuala wanita umpama rakan karib bagi wanita. Walaupun ia sebagai penyelamat kepada wanita daripada kebocoran semasa haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah.

''Ini kerana jika menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah, dalam masa dua jam akan berlaku pembiakan bakteria dengan mudah.

"Permukaan lapisan pertama boleh tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap milimeter persegi.

''Antara simptom yang biasa diperoleh oleh wanita yang menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah ialah seperti lelehan keputihan, senggugut, kegatalan atau jangkitan pada luar dan dalam vagina, keradangan serviks, panas badan, sakit di bahagian abdomen dan masalah kulit.

''Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain seperti kanser serviks, kehilangan rahim, kesukaran mendapat zuriat dan boleh membawa maut.

''Menyedari banyak masalah yang melanda wanita ketika haid atau lelehan keputihan, sebuah syarikat di China memperkenalkan tuala wanita yang mengandungi ion negatif yang berfungsi membebaskan oksigen dengan kadar 6,070 cm persegi. Apabila terdedah kepada oksigen, 99 peratus bakteria akan mati dalam masa 30 hingga 60 saat. Ion negatif ini dapat berfungsi sehingga lapan jam.

''Tuala wanita berion yang dipasarkan oleh Winalite Global Sdn. Bhd. itu terdiri daripada tiga rangkaian produk di bawah jenama Love Moon Anion Sanitary Napkin. Tiga rangkaian itu ialah Anion Panty Liner (pelapik) - pek hijau, Anion Sanitary Day (kegunaan siang) - pek biru dan Anion Sanitary Night (kegunaan malam) - pek ungu.

"Menariknya kesemua produk itu boleh digunakan oleh lelaki dan wanita,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Sharifah Hasnah, tuala pelapik ini sesuai digunakan selepas putus haid; sewaktu sebelum dan selepas haid; kulit gatal-gatal; alahan dan masalah ruam pada bayi- tampalkan di dalam lampin pakai buang dan rawatan untuk luka dalaman dan luaran.

Selain itu, sekiranya seseorang itu batuk berterusan, selalu mengantuk dan mengalami asma, ion negatif yang berwarna hijau di dalam tuala itu direndam dan airnya diminum manakala sesiapa yang mempunyai resdung dan buasir boleh juga menggunakannya.

''Malah pesakit kencing manis yang mengalami luka di tapak kaki juga boleh mengawalnya daripada merebak dengan menggunakan produk ini. Cara yang digunakan adalah mudah iaitu tampal dan balut ia di tempat-tempat yang bermasalah. Begitu juga jika mengalami sakit kepala atau migrain, tampal di dahi dan tengkuk.

''Untuk menggunakan ion negatif, cukup mudah iaitu buka balutan pantiliner dan ambil ion negatif (hijau). Rendam ion negatif ke dalam air tapis yang bersih. Selepas 20 minit, barulah boleh diminum atau ditampal di tempat yang hendak diletakkan,'' jelas bekas Pengarah Kejururawatan ini.

Bagi tuala wanita Anion siang, kata Sharifah Hasnah, dipakai ketika datang haid waktu siang dan seeloknya ditukar sebelum lapan jam. Lapisan penyerap yang terdapat pada tuala wanita ini juga boleh menurunkan suhu badan ketika demam dan digunakan sebagai masker muka kerana ia mengandungi kolagen untuk awet muda.

Manakala tuala wanita Anion malam yang dipakai pada waktu malam boleh merawat dan membentuk rahim wanita kembali dara.

''Kegunaannya begitu istimewa kerana tuala wanita ini mengandungi tujuh lapisan pelindung unik iaitu lapisan pertama merupakan permukaan kapas lembut, dua kali lebih penyerapan; lapisan kedua (pad Anion yang dipaten secara eksklusif); lapisan ketiga (bungkusan yang telah menjalani proses sterilisasi dan bebas daripada habuk); lapisan keempat (bahan penyerap air premium dengan daya kuat memerangkap cairan); lapisan kelima (bungkusan yang telah menjalani proses sterilisasi dan bebas dari habuk; lapisan keenam (pelapik telus udata membentuk ruang udara antara lapisan) dan lapisan ketujuh (senang dibuka, reka bentuk lipatan pelekat).

''Suatu yang istimewa, bagi pelanggan yang membeli salah satu tuala wanita ini akan dibekalkan percuma dengan perkakas uji diri jangkitan vagina,'' kata wanita yang telah menghambakan diri dalam bidang kejururawatan dan kesihatan selama hampir 30 tahun.

Sharifah Hasnah juga memberitahu, pengguna Islam juga tidak perlu meraguinya kerana produk ini telah mendapat sijil halal daripada Halal Food Council International untuk Malaysia dan Asia dan Sijil ISO9001:2000.

''Harganya juga berpatutan dengan kebaikan yang diperoleh daripada memakainya. Pengguna boleh mendapatkan produk ini semurah RM2 hingga RM3 sekeping untuk setiap jenis produk,'' katanya yang yakin produk ini boleh menyelamatkan lebih ramai wanita daripada pembunuh diam, kanser serviks.

Untuk jadi pengedar dan mendapatkan pad ini....bolehla Hubungi saya..0194673677(mas) atau email sukahatie@yahoo.com

0 comments:

 
sukahatie@yahoo.com | © 2007 Template R.C.